Archives

gravatar

FAHAM ATAU TIDAK MAHU FAHAM?

"Orang yang sesat, biarkan dia terus sesat, setelah kita cuba untuk mengubah dia", pesan seseorang pada aku. Kerap aku ajukan soalan bila aku sendiri kurang paham.

Satu ketika, hampir 10 tahun yang lepas, selepas post-straight edge dan pre-anarcho punk era, ramai yang berubah menjadi ke arah 'tidak positif'. Kalau dulu, menjadi straight edge adalah kebanggaan dek kerana positifnya cara hidup (kalau boleh dirujuk sebagai begitu), no sex, no smoking, no drinking, no drugs, tiba-tiba, hanya kerana ingin menjadi crusty anarcho-punk, semua orang 'menghalalkan' apa yang sebelum ini merupakan so-called ethic untuk straight edger. Dan bermulalah era 'don't-include-religion-in

-any-conversation-coz-it-will-ends-there-attitude'. Bermulalah era 'aku-semayang-5-kali-sehari-dengan-5-tahun-sekali-takde-bezanya-pun', era 'questioning God existence' dan era 'i-live-and-breath-because-i-control-my-own-destiny-and-faith'. Sesiapa yang menjadi begitu, dianggap cool (sungguh, tak tipu) dan boleh dikatakan 'menguasai dunia kebebasan' pada masa tu.

Ketika inilah segala bentuk religion restriction akan dipersoalkan sehingga ke akar umbi. Bagi yang mempunyai sedikit kekuatan agama, beralah adalah lebih baik daripada terus-terusan menentang dek kerana orang yang ditentang hanya mahu teori yang dibaca (baru dibaca, belum dipraktikkan) itu lah yang sebenar-benarnya. Mulalah segala bentuk perkara dibangkitkan dari kewujudan tuhan yang di claim sebagai 'tak nampak' sehingga lah ke ketupat hari raya aidilfitri.

Apa yang menyedihkan, dari pendapat aku sendiri yang juga lemah dalam mempraktikkan ketulinan sebagai seorang islam, kebanyakkan pendapat yang dikeluarkan adalah berdasarkan pendapat orang-orang atheist, yang sememangnya tidak percaya kepada agama. Sedangkan kita-kita yang mengaku islam ini, begitu teruja dan 'seronok' mengenengahkan 'ajaran' ataupun pendapat para atheist tersebut, yang mungkin tidak semuanya buruk.

Namun, sebagai seorang islam, kenapa perlu kita mengagungkan pendapat atheist sedangkan islam sudah cukup sempurna? Apa yang tak betulnya dengan islam sehingga kan sebagai seorang islam, kita sanggup mempersoalkan kebenaran islam demi untuk menunjukkan karya atheist lebih bagus daripada falsafah islam sendiri?

Sebagai mengambil contoh. Para anarcho-punk menge'fuck' patriotism. Di zaman Nabi Muhammad SAW, baginda lebih mementingkan perpaduan ummah daripada pembentukan sebuah negara. Ummah yang dibentuk dengan kuat, secara tidak langsung lebih membuatkan perpaduan antara kaum dan manusia lebih kuat. Jadi, kenapa perlu mengikut idea atheist?

Pendapat mereka lebih menjurus kepada keadaan logik akal. Sedangkan kemampuan fikiran kita tidak sangat terbatas. Masakan manusia boleh hidup dan terjadi dengan sendirinya tanpa ciptaan dari Yang Maha Esa? Sebagai contoh basikal yang belum dipasang. Adakah basikal boleh memasang dirinya dengan sendirinya. Dia masih memerlukan manusia untuk memasang dan melengkapkan dia sebagai sebuah basikal. Dan terjadinya basikal adalah atas tangan manusia yang membentuk basikal dan spare partnya menjadi sebagai sebuah basikal yang sempurna. So, dimana logik akal? Yes, anda boleh mempersoalkan yang basikal tidak bernyawa, bagaimana pula dengan nasi goreng kampung? Adakah tanpa dikopek bilis atau bawang maka nasi goreng kampung boleh terjadi dengan sendirinya? Ataupun Pokok rambutan yang belum tumbuh buah, adakah dia boleh keluarkan buah dengan sendirinya tanpa izin-NYA?

Jikalau pemikiran manusia sangat hebat dan berdasarkan logik akal, kenapa keadaan di Marikh sampai sekarang belum dapat dipastikan samada ada benda hidup atau tidak? Secara logiknya, manusia sudah ke bulan dan tak mustahil boleh ke Marikh ataupun Pluto sekalipun, tapi kenapa sampai sekarang, manusia belum dapat apa yang mereka cuba capai di Marikh, atau Pluto?

Pemikiran manusia hanyalah umpama setitik air di lautan luas. Ada benda yang boleh dicapai dengan akal fikiran dan ada benda yang 'left alone can't be touched'. Ada hikmah mengapa manusia tidak mampu untuk berfikir secara lebih dari kemapuan kerana sememangnya itu bukan taraf manusia untuk memikirkannya. Kenapa perlu mempersoalkan kewujudan Allah kalau kita sendiri tidak mempraktikkan apa yang disuruh dan tidak mahu mengakui akan kewujudannya?



Masalah utamanya ialah, kalau kita mengaku kita islam, kenapa perlu kita uphold pendapat segala bentuk 'ism' yang datangnya daripada orang yang sememangnya tidak islam? Dan kalau mengaku islam, kenapa tidak 'percaya' dengan islam ?

...lanjutkan baca...
gravatar

Pujaan 10 Nescafe

Umur aku 6 tahun, kehidupan banyak berpaksikan radio, dengan Pujaan 10 Nescafe sentiasa jadi bahan rujukan untuk lagu-lagu hits dan hip.

Kebiasaannya Pujaan 10 Nescafe akan berlangsung setiap hari Ahad pagi sampai tengahari. Time tu lagu-lagu indie belum menguasai carta-carta radio, dan Era serta Hot FM belum jumpa lagi sperma dengan ovum.

Pagi tu, seperti biasa, Pujaan 10 Nescafe menjadi rutin setiap Ahad. Macam-macam lagu (lupa aku lagu-lagunya) yang diputarkan. Dan seperti biasa, aku excited nak dengar lagu faveret aku nyanyian Anita Sarawak, "Bawalah Daku Pergi".

Berkumandang jek lagu tu kat corong radio, aku terpana dan terpesona dengan keindahan lagu serta bait-bait lirik romantis yang melingkari lagu tu. Secara tiba-tiba, mungkin kerana terlalu menghayati lagu tu, aku tetiba rasa nak nangis. Bukan terasa di hati, tapi memang nak paksa nangis, dek kerana nak tunjukkan aku terlalu menghayati lagu tu.

Maka, dengan berbagai cara, aku cuba untuk nangis. Baring, duduk, berdiri, cangkung, semua aku dah try tapi air mata tetap tak keluar. Aku cuba menghayati terus dengan membuat suara tersedu sedan, dengan niat akan keluar lah air mata aku nanti.

Sedu sedan aku didengari oleh mak aku, yang ketika tu tengah dalam persiapan bahan-bahan untuk masak makanan tengahari.

"Ko kenapa Neo? Hujan tak ada, ribut tak ada, alih-alih nangis nih kenapa?", agak tinggi suara mak aku. Bengang agaknya sebab tanpa usul periksa aku nangis tetiba.

"Ni ha...sedih dengar lagu ni", balas aku.

"NGENGADA LAH KO. BERANGAN LEBIH", balas mak aku, makin tinggi nadanya.

...lanjutkan baca...
gravatar

KEMBALI KE MASA SILAM

Aku terpikir nak melukis semula....mungkin sebuah komik (ada unsur Yeye Fanzine) yang lawak merapu (kalau pun lawak).

Mungkin akan diterjemahkan dan dicetak secara DIY dan dipasarkan. Mungkin.

Cuma satu jek masalah, aku takde idea nak buat cerita apa. Any idea?

...lanjutkan baca...
gravatar

WA TAK MAU CAKAP BANYAK....CONGRATS RAJAGOPAL!

originally posted at http://jalanjenang.blogspot.com

Sejak diaorang menunjukkan peningkatan masa pre-sukan SEA tournament (4 nations tournament) dengan perlawanan kat luar negara (negara-negara Balkan), sejak tu sinar bolasepak dah ada dah.

Memang satu keajaiban kalau lagi 3 tahun Malaysia boleh kalahkan Brazil, atau setidak-tidaknya kalahkan Jepun atau Korea Selatan, tapi hasil yang ditunjukkan pada sepanjang perlawanan di Sukan SEA nampak ada harapan creah untuk skuad Malaysia.

Malaysia memang deserve untuk menang. Tak kira lah gol sendiri ke apa ke, sebab sepanjang perlawanan, Malaysia lah yang menguasai perlawanan walaupun pada separuh masa pertama, diaorang kena asak. Syabas untuk Zafuan, Muslim, Nasriq dengan Sabri sebab cool sepanjang perlawanan.

Dan buat pemain lain, anda semua memang cool sebab sentiasa bersemangat untuk mencari emas. Sesuatu yang sangat jarang dilihat kerana semua mereka sentiasa bergerak dan mempunyai fitness yang bagus.

Tak dapat tipu, masa baca doa akhir tahun dan awal tahun, aku ada selit sikit dalam hati mintak moga Allah makbulkan kejayaan Malaysia.

Apa yang buat aku puas, Malaysia dapat menutup mulut coach Vietnam yang mengatakan "lebih baik jumpa Malaysia dari jumpa Tahiland di akhir".

Tahniah Malaysia, moga terus maju ke depan.

...lanjutkan baca...
gravatar

1 LAGI JEK HALANGAN : VIETNAM

Originally posted at http://jalanjenang.blogspot.com

Satu keadaan yang sangat suprise walaupun sebenarnya Malaysia memang boleh layak ke akhir Sukan SEA judging from the result the brought after winning against Thailand.

Aku tengok diaorang main selepas 25 minit sebab balik keja lambat, masa tuh Malaysia dah leading 1-0 jaringan Badrol Bakhtiar minit ke 13 kalau tak silap. Budak ni memang bagus. Ala, kamon lah. Korang nak expect dia nih jadik macam Cristiano Ronaldo? At least dia dah tunjuk something. Dia berhak untuk dapat pujian apa, walaupun sikit. Dan sebetulnya, jaringan pertama dia memang 1st class, kalaupun tak dapat menandingi jaringan pemain terbaik dunia yang korang-korang dok dewa-dewa kan tu, yang belum tentu korang-korang sendiri bleh buat. So, tepukan untuk Badrol Bakhtiar.

Sikit ralat sebab penjaga gol Malaysia, Mohd Sharbini main macam dah star sangat. Tapi biasa lah, orang muda, mesti nak tunjuk ek kan. Cuma perasan star tuh kena kontrol sikit, baru bleh jadi legend. Yang penting main cara dan power, baru orang respek sampai bila-bila. Gol Laos tuh memang tak sepatutnya score sebab ko memang boleh tangkap bola tuh. Tapi ko nak tunjuk star agaknya, so ko macam menggelitik sikit-sikit last bola tu gol. So buang perasan star dan macho ko tuh. Ko bleh berjaya Sharbini.

Cakap pasal penjaga gol Malaysia nih, last sekali yang aku tengok ada wibawa sikit ialah Samsuri Mustafa. Tapi rambut panjang sangat, so buat pemain bola, rambut tuh kalu nak panjang kasi ikat betul-betul la dey. Nak lagi cun pendek kan sikit buat rambut mohawk kalu dah nak rasa berfesyen sangat.

Gol kedua tuh memang hadir tepat pada masanya. S.Kunanlan yang rajin dan bagus tuh tembak terus tapi kena palang, so Badrol ada kat situ, walau dah terjatuh, tapi tetap dapat score walaupun diasak 2 orang pemain Laos. Gol ketiga Malaysia pun cun. Gerakan cantik dari pemain nombor 9, Norshahrul Idlan terus kepada Safiq Rahim yang secara cool menguis bola ke bahagian atas pintu gol Laos. Memang macam tak gol, tapi gol.

Rumusan aku, penyakit terlepas pandang dengan hilang fokus still lagi ada dalam pemain Malaysia. Tapi, pemain muda Malaysia nih @ Harimau Muda sememangnya telah menunjukkan kesungguhan dari segi semangat juang. So aku simpulkan, walaupun diaorang memang susah nak menang jumpa Vietnam kat akhir nanti, tapi aku tetap akn letak kan harapan yang diaorang boleh disebabkan kesungguhan diaorang dan juga semangat juang. Respek sebab selalunya, kalau pasukan Malaysia bila dah kena asak, diaorang akan cepat dan terus-terusan hilang tumpuan. Tapi kali ni, diaorang pulak yang pandai carik peluang nak jaringkan gol.

Sebenarnya, diaorang bleh menang 4 atau 5 gol, tapi tu lah...takde rezeki. Apa-apa pun, syabas Malaysia. Korang-korang yang dok sokong Liverpool lah, Arsenal lah, Chelsea lah, Real Madrid lah, Man U lah, try-try lah sokong pasukan Malaysia lak, bukan rugi pun. Korang pun makan sambal belacan gak macam player Malaysia. Wayne Rooney tak makan woi sambal belacan.

...lanjutkan baca...
gravatar

SUNGGUH URBAN

Originally posted at http://www.jalanjenang.blogspot.com

Minggu lepas aku gi KL. Ada urusan keluarga yang perlu diuruskan. Wife aku dapat kerja kat Putrajaya, keja dengan gomen....so lepas nih aku kalau nak kutuk gomen kena cover-cover sikit, kang merajuk lak wife aku. Lama jugak aku tak ke KL. Suasana KL tetap macam tu jugak. Tak berubah. Still lagi taxi driver sama jugak perangai, kurang ajar seperti biasa.

Satu malam tu, aku tergerak nak jumpa kawan lama aku, Taja yang sekarang dah menjadi warga urban kat KL. Aku tak pasti la tempat lain selain KL tu urban gak ke tak. Yang aku tau, kat KL memang banyak disko. Satu pun aku tak penah jejak. Paling kuat pun kat Life Centre (sekarang Ruums), tu pun setakat tengok gig. Aku tak pernah jejak disko tu bukan sebab aku ni baik sangat, tapi memandangkan nak masuk setakat minum-minum coke, bayar sampai sekali masuk 70-80 ringgit, pastu duk tercongok, baik tak yah. Baik aku tengok konsert Search yang terbarai masa kat Bukit Kiara hari tuh.

Aku punya susah nak jumpa si Taja nih sampaikan banyak malam jugak terlepas nak jumpa dia samada aku tertido atau pun dia ada hal. Dia memang bisnesman yang berjaya, so time dia very limited. Plan punya plan, malam teakhir aku kat KL, si Taja ni ada masa nak jumpa aku. Dia suruh fetched dia sebab keta dia masuk workshop. So aku tak banyak cerita, lepas tido kan Akid, dengan sepantas kilat bawak Toyota KE 30 aku menuju ke area KLCC.

Sampai kat area yang dimaksudkan, dia suruh aku tunggu. Dalam hati aku takut gak kot-kot gaurd marah aku parking depan apartment yang nampak macam mahal dengan nama yang sungguh omputih iaitu Marc Residence. Tunggu lebih kurang 15 minit, Taja turun. Tetap macam dulu, tetap hensem mamat nih.

Salam lebih kurang, dia suggest laluan ke area belakang KLCC. Kitaorang lepak minum kat kedai mamak Lotus yang terkenal tuh. Aku dah rasa macam urban gila aku hari tuh. Yelah, lepak belakang KLCC beb, bukan calang-calang urban tuh. Nasib baik si Taja nih simple orangnya. Dalam pada kitaorang duduk tuh, sekali satu kumpulan yang macam artis keluar dari Lotus tuh. Yang aku nampak memang semua artis, macam Yanie dan paling hot giler ialah Watie Elite....perghhh....wa rasa malam tuh memang wa betul-betul urban...urban nak mampus sebab terjumpa artis. Hot plaknya tuh. Pastu lepak kat Lotus, dekat dengan KLCC, lagi lah perasaan urban aku tuh mencanak-canak.

Tengah sibuk kitaorang cuci mata tengok artis, pelayan kat kedai mamak Lotus tu start amik order.

"Teh O Halia besar satu," Taja order.

"Boss?", tanya mamak tuh.

Aku tengah pikir minuman yang agak urban, bersesuaian dengan tempat lepak dan jugak suasana kat sana ketika tu.

"Errrr.....sirap satu!"

Macam nak luluh Taja dengar aku order.




APA? SIRAP TAK STANDARD KE?

...lanjutkan baca...
gravatar

WABAK

Originally posted at http://www.jalanjenang.blogspot.com

Aku menulis untuk rilis tension, bukan untuk mencipta tension.

Baru-baru nih aku ada survey lain-lain blog yang sangat informatif malahan ada yang 'berhaluan kiri'. Satu perkataan yang aku rumuskan ialah SERIUS! Dari awal blog sampai akhir blog manjang semua nak serius. Serius yang mempunyai tujuan atau maksud atau target. Serius yang mungkin untuk dipandang sebagai 'satu posting yang intelektual, dari orang intelektual'. Dan secara serius nya, aku cuma memandang saja, sebab serius adalah 'makanan ruji' untuk aku santap setiap hari. So, keseriusan blog-blog itu mungkin tak boleh menandingi keseriusan kehidupan aku sehari-hari. Aku cakap 'mungkin', bukan 'pasti', take note!

Tak perlu untuk aku cerita tahap keseriusan aku sehari-hari. Nanti sesiapa yang membaca (kalau ada, sebab aku tak 'desperately' mengharap orang baca) akan bosan. Atau "'go to hell' dengan keseriusan kau sehari-hari, sapa nak baca masalah kau?". And to be clever, or pretend to be clever, i skip that one.

Disebabkan itu, aku enjoy menulis sesuatu yang merepek, membaca sesuatu yang merepek (mostly blogger Jalan Jenang adalah penulis merepek, kalau tak semua) sebab itu semua seumpama terapi pada jiwa aku. Jiwa aku perlukan hiburan kerana tahap keseriusan (merangkumi semua hal daripada bisnes hingga ke famili) adalah sangat tinggi. Aku perlukan kelakar, umpama lawak Din Beramboi di radio Era atau lawak Jim Carrey dalam Dumb and Dumber sebab dos serius dah berlebihan dalam hidup aku. Sebab itu posting dari Abg Mat Tora adalah sesuatu yang aku nantikan sebab tahap lawaknya mungkin lawak bangsat (postingnya juga mungkin sesuatu yang tak best untuk sesetengah pihak). Aku bukan seorang yang mampu untuk bercuti ke pulau-pulau atau keluar negeri untukmelepaskan tension, bukan juga punya kawan-kawan yang boleh melepak sehari-hari bercerita mengenai keseronokkan, juga tak mampu memuaskan keinginan untuk mempunyai sebuah Honda Jazz untuk di tayang di kelab-kelab malam, atau pun sebuah band yang aktif mencanak setiap minggu jam atau setiap bulan ada jek gig, ataupun duduk kat kafe melayari internet menggunakan komputer riba atau main PSP..... aku tak mampu untuk itu semua. So bahan hiburan yang aku ada cuma radio, tv dan internet, itupun di pejabat, dan sesuatu yang kelakar jek lah yang mampu menghiburkan aku. Dan bahan-bahan itu hanya aku perolehi melalui internet, tv dan radio.

Mungkin sesetengah orang melabelkan Jalan Jenang sebagai satu blog yang tak informatif, blog yang tak intelektual, blog yang tak ada tujuan, blog yang membuang masa, bla bla bla... tapi biarlah kami macam ni. Pernah juga pergaduhan tercetus, atau lebih tepat perselisihan faham, tapi kami mengambil jalan tengah untuk tidak lagi mempedulikan provokasi, yang masih ada sampai hari ini. Pergaduhan menyebabkan sesuatu yang serius telah berlaku dan aku personally, menolak serius! Tak kisah lah orang lain nak buat apa pun terhadap blog ni, nak boikot ke, nak caci maki ke, nak buat cerita baik atau buruk ke, yang penting, aku tau blog ini akan terus 'memandang sebelah mata' dengan semua provokasi atau 'keseriusan'. Kami atau aku secara peribadinya, cuma ingin bergembira. Bak kata Joker, "Why so serious?"

Cukuplah orang lain jek yang nak tulis serius. Aku perlukan kegembiraan yang memang lawak gila babi, untuk membunuh virus serius.

...lanjutkan baca...
gravatar

INTERVIU BAND : RESTRAINT

Yes, setelah apa yang aku gembar-gembut (gembut ke jembut?), errr...gembar gemburkan tadi, maka terhasil lah interviu pertama aku dengan salah satu band hardcore tersohor dari Malaysia iaitu RESTRAINT. Band ni hebat bai kalau kat atas stage. Aku ingat lagi first aku tengok diaorang masa awal tahun 2005 kalau tak silap, time tu aku nak perform gak, tapi bila aku tengok Si Ijam ni punya performance, aku dah gelabah dah sebab aku tengok dia punya performance memang ada kelas walaupun crowd tak ramai, sure aku tak leh makan punya.

Setakat lompat-lompat tu kira kacang ah. Dia punya vocalist hyper active, seronok kita tengok. Walaupun ada sikit gaya-gaya Encik Jasta dari kumpulan Hatebreed, tapi memang entertaining. Sebab tu diaorang jadi salah satu band yang tengah hot sekarang nih.
Yang buat aku lagi respek ialah Si Ijam ni memang pandai market kan band dia. Semua aspek dia amik kira. Kalau dari segi marketing band korang kena belajar kat Ijam ni.

Anyway, ni interviu aku buat dengan Ijam, vocalist band Restraint. Walaupun kurang dari segi information, tapi diharap pada awek-awek yang merindui Ijam tuh, terubatlah sikit rindu korang. Sila kan membaca :)

Photobucket
RESTRAINT dari kiri Apeq, Wan, Ijam, Ady dan lupo plak eden namo dio nih. Nanti eden koba kan kat semuo lah yek?

AKU : Cek, cek....cek cek.....cek dah keluar belum....cek cek!
IJAM : Cek cek rock rock...yeah!

AKU : Aku tau la ko minat Hujan....asal cek cek jek mesti rock rock...asal cek cek jek, mesti rock rock....
IJAM : Hehhehe...jangan marah Neo.

AKU : Apa tak marah, aku minat Hujan apa, patut aku dulu tadi cakap macam tuh.
IJAM : Ah, ko nih... slow sangat...lain kali cepat dan pantas. Dah, dah...cepat cepat....cepat dan pantas...

AKU : Ok, apa-apa pun, salam dulu. Ko tengah keja ke apa sekarang? Macam tengah ngulor jek?
IJAM : Tengah cuti lagi ni, sampai Rabu. Maklum la raya setahun sekali ehehehehhe

AKU : Aku tak nak tanya history. Sapa nak tau bleh gi myspace korang jek senang kan? Lagi pun dah masuk dah masuk ROTTW, semua orang dah tau dah. So aku nak tanya, apa perkembangan terbaru kumpulan ko sekarang? (mukadimah siap panjang tuh...ceh)
IJAM : Perkembangan tu aku rasa dari segi perut ada la sikit, ehehhehe maklum la melantak kuih raya hari-hari, open house lagi.....

AKU : Main-main ek?
IJAM : Dah ko tanya main-main. Hish, seligi kang.

Photobucket
Gaya footballer yang tak main bola kat padang. Apa barang EPL brader...hahah

AKU : Hehehhe...ala, kata berkawan... eheheh...
IJAM : OK serius... aku faham.... for time being, nak kurangkan sket main show, nak focus buat second album. Lagu baru ada la dalam 6-7 macam tuh, target nak siap 10.

AKU : 10 banyak tuh. Apesal tak kawin 10 terus? Errrr....ok sambung. Band korang dah terlalu banyak main gig dan konsert besar. Dari pengamatan ko lah Jam, apa perbezaan gig dan konsert besar (dari segi management, penerimaan, apa-apa lah yang ko rasa la)? Lebih groupies mungkin (gurau jek...hehe)?
IJAM : Actually dari point of view aku la. Time management la. Payment of course la beza sket, but itu bukan point utama dia, dapat pakai barang sedap, so kita puas hati bila perform. That's why mcm kitaorang ni jenis tak kisah sangat tempat beraksi nih, besar ke kecik, 10 orang ke 10000 orang, every show is a show for us. Kita tak find all those bigger stage as something yang jadi burden kat kitaorang, in fact, kita cuma jalankan responsibilities.

AKU : Ooooo....bagus-bagus. Wei, semalam aku tengok facebook ko ada orang tanya pasal Kek Sarawak. Gila babi bai, sedap ke Kek Sarawak tuh?Apesal ko tak penah bagi aku try pun?
IJAM : Sedap tuh memang sedap la, tapi aku dah tepu dah makan kek lapis ni selama 30 tahun ehehehhe sebab dia macam2 style dan rasa, tuh yang special. Kalu beli kat sarawak tuh dalam RM10-Rm15, kat KL ni org cekik darah sket, diorg jual RM22-RM25,

AKU : Standard la kapitalis apa....
IJAM : Kapitalis konon...NI YANG KO TENGAH MENGUNYAH KFC NI PEBENDA NIH? HAH, CAKAP, CAKAP!

AKU : Errr....tak bleh ek? hahahhaha....aaaahhhhhh....sambung-sambung!
IJAM : Ok kek tu maybe la sebab benda kan limited eheheheehhe tu yang mahal agaknya kat KL nih. Nak try ke? Alamak Neo, aku bawak tak banyak kali ni, next time, ok? Order la time bulan puasa. Patu ko order pakai Air liur jek, memang la dapat air liur jek, cait!

Photobucket
OPOCOT OMAK EKAU ADO LIPAS LA PULOK!

AKU : Air liur aku mahal apa. Sekati 70 inggit. Nak? Burrrr...buuurrrr...bbuuurrr... (sembur ke muka Ijam.
IJAM : Wei, gila la ko nih. Nah amik balik! Khaaaakkkkkkk....tuih! hahah

AKU : Wei gila tepat kat muka! Ko nih ...dah dah...sambung-sambung. Ok, since dah cerita pasal Kek Sarawak, bebudak Sarawak pe citer beb? Scene diaorang macamana?
IJAM : Aku x berapa tau sangat scene kat Sarawak, but dari aku tanya-tanya diorang scene tengah berkembang gak la. Band-band macam Restraint, Kurasa Kuasa, Provision, and ade satu lagi tuh aku lupa.... ishhh serius lupa ahahahha... tengah naik gak la. One thing yang best kat sana is diorang still hang out together, mcm ada yg into crust, hc, skinhead, punk, indie.... boleh lepak satu table. Kat KL? Jangan harap la...

AKU : Sapa suh duk KL. Kampung aku rilek jek budak-budak join sama-sama gak.
IJAM : Buduh, dah aku keja kat KL tak kan aku nak lepak kampung ko. Eh, skinhead ada ke kampung ko?

AKU : Skinhead pebenda, tu ha pakcik aku main ghazal dengan jiran sebelah umah dia main keroncong elok jek lepak setable minum kopi, takde pun nak gaduh-gaduh...
IJAM : Meh sini kepala ko jap....*pek pek pek (Ijam ketuk kepala aku)

AKU : Adehhhh....salah ke?
IJAM : Takde ah mana ada salah....*pek pek pek

AKU : Dah dah.....main-main aaahhh...sambung..Dulu Ady pernah main dengan Against My Will kan, so dia sekarang bujang lagi ke? Ke dah ada 'client' baru?
IJAM : Aah, dia main dengan Against My Will dulu... dulu punya cerita la. Dia bujang lagi, cuma sudah tidak available lagi. Maaf yer gadis2 sekalian eheheheh.... orang negeri kau la Neo...ehhehehhe....

AKU : Ooooooo....padan lah aku musykil masa raya tu dia balas sms raya aku pakai nombor Johor....Ooooooo....awek Johor rupanya! Senyap-senyap jek dia, tak bagitau pun dengan penghulu Johor.
IJAM : Sapa penghulu Johor?

AKU : Aku ah!
IJAM : Meh sini lagi sekali kepala ko....*pek pek pek

AKU : Adehh....asyik-asyik main kepala jek...gi la main kepala ko sendiri....jangan muntah sudah...hahahaha....Ni soalan cepu emas....mana pegi spek bulat ko dulu tuh? Dulu kat Carlos, Heaven dengan Wadihana ko selalu pakai apa! Ke sekarang pakai kontek lens beb?
IJAM : Legend tuh spek tuh, aku masih simpan lagi dalam bilik aku, dah berkulat sket aku rasa ahahhaha Spek tuh dah patah, sebab tuh aku pakai contact lens. Ingat nak buat spek baru time tuh, pastu gatal-gatal nak try contact lens. So, terpakai la sampai sekarang.

AKU : Restraint dah main kat Indonesia dah, Singapore pun dah...Bila nak main kat Kathmandu dengan negara lain? Aku tau ko kalu nak main kat Eropah mesti kat Amsterdam kan? Kan?
IJAM : Bila duitnya cukup Neo oiii, mana-mana pun mau pergi.....ke kutub utara, ke bintang kejora pun aku nak gi. Eropah? Ansterdam aku rasa aku tak gi main show kotttt ehehhee... paham-paham sudah.

AKU : Apadia? Aku tak paham...aku budak-budak lagi...mana tau benda-benda orang dewasa nih.
IJAM : Dah lah...next question!

Photobucket
CD Restraint "Pure From Blood" yang terjual sebanyak 2 juta unit di Songkhla sahaja!

AKU : Ko perasan tak budak-budak sekarang dia punya skill gila babi punya hebat...impress beb...so, ko takde terpikir ke nak buat band projek selain main dengan Restraint?
IJAM : Nak tuh nak, tapi entah la. Ikut hati aku, aku nak buat satu projek solo akustik main lagu-lagu slow ala Aizat AF jer, tunggu je la. Tapi ni more untuk diri sendiri la, and the other side of aku, cewah.

AKU : Other half? Ko main-main lah citer. Apa dia nih half half nih.
IJAM : Awek aku la dol!

AKU : Haaaaaa....terus terang kan senang. Jiwwaaaaaaaannnggggggg...kah kah kah!
IJAM : Ko tu sebelum kawin tak jiwang? Aku suntut lagi kang kepala ko.

AKU : Ok serius...apa citer Teras Record beb? Kompilasi "dari Sini Teras Hidupku" tu ko ada lagi tak? Burn kan aku bleh? hehehhe....
IJAM : Ntah la beb, senyap kot. Kan ke budak2 Taman Melur dah takeover tahun 2005 dulu, tak ingat ke?

AKU: Ntah, tak tau aku.
IJAM : Compilation tuh serious akupun dah takde lagi, tinggal cover kaset jer, itupun dah koyak sket....

AKU : Ko kenal Ibrahim Ganyang zine dulu tu tak? Aku minat zine tu tapi aku tak kenal Ibrahim tuh...bagus tulisan dia. So, apa pendapat ko pasal Ganyang Malingsia?
IJAM : Aku tak sure aku kenal dia secara face to face plak tapi aku kenal la Ganyang Zine tuh. Gila tahun 90an tuh editor zine femes tuhhh.... org hantar surat dah kalah si Tomok punya surat peminat hhehehhe. Pasal Ganyang Malingsia tu movement tuh dah lama dah Neo, since masa pembentukan Malaysia dulu lagi, so benda ni bukan benda baru. Lagipun kalau ko pernah tengok media-media diorang memang over beb, benda kalau kecik je media dia pandai putar jadi besar tak hengat. Kalah Azwan Ali nyer laser tau.

AKU : Eh, ni ko tau Azwan Ali laser nih, ko minat dia lah nih...
IJAM : Standard lah. Saya manusia biasa apa...Rancangan Cak Cak Cak tu faveret tuh....meh sini kepala ko....Dah lah, sambung pasal Malingsia tu. Sebab tuh orang-orang dia marah, harap-harap benda ni reda la nanti. Tak elok gaduh-gaduh ni, kita kan serumpun.

AKU : Ala, nationalist sangat. Eh, serumpun tuh bentuk dia macamana ah?
IJAM : Serumpun tuh macam rumput ah lebih kurang.

AKU : Oooooo...macam rumput. Meh sini kepala ko .... *pek pek pek
IJAM : Ala, buat lawak pun tak leh...hehehe

AKU : Bila Restraint nak buat video muzik? Kasi betul punya video lah baru cara para..amacam? Ada beran?
IJAM : Memang cara, tunggu next album.... pasti ada! InsyaAllah

AKU : Aku kesian kat Apeq tuh sebab main dua band yang terkenal sekarang nih. Dia tak penat ke? Ko tak kesian kat dia ke? Dia pernah gak luah kan perasaan dia kat aku...tapi luahkan perasaan cinta dia kat Nora Danish la (tak pasal-pasal...)
IJAM : Aku kesian gak tengok dia, sebab tu la aku suruh dia main banyak basic je dalam Restraint, so dia dapat rilek sket. Gila ko dia x penat? Memang sah la dia penat.

AKU : Ni dah raya nih ko tak nak bagi ucapan raya ke?
IJAM : Saya Koperal bertugas Razak Bin Tamrin, A9293389494H ingin mengucapkan salam Aidilfitri buat Pak Ngah, Mak Ngah, Abang Chik dan isteri di Kampung Seri Wangi, Adik Siti Musliha, Profesor Abdul Razak Mohideen, Saiful Apek, Nabil, Camelia (I always adore U), dan semua pendengar Sinar FM bersama Abang Jem eheheheh

AKU : Ko buat lawak ye Jam?
IJAM : Ala, memain jek. Ko tuh dari tadi merapu bleh.

AKU : Dah lah. Aku macam tak tau nak tanya apa lagi ah....ko nak tanya aku apa-apa ke tak sebelum interviu nih tamat?
IJAM : Ada.... anak ko sihat?

AKU : Sihat. Diaorang mintak duit raya. Ala, ko bagi ala kadar jek. 10 ringgit dah lah.
IJAM : 10 ringgit? Ni bapak dia yang makan ah nih!

AKU : Errrr...heheheh....mana ko tau nih?
IJAM : Ceh!

AKU : Rasanya tu jek lah kot. Ok lah Jam, mekasih layan interviu paling intelektual pernah ko jawab nih. Thanx a lot bro. Wei, ko isap rokok balik ke?
IJAM : Sama-sama, yer saya.

AKU : Air ko nih aku abis kan ek.
IJAM : Beli la sendiri wei. *pek pek pek

Aku dengan gaya John Travolta terus berlalu pergi meninggal kan Ijam . Fuh, memang bergaya habis aku berlalu pergi.

So itu jek lah interviu aku dengan band hardcore paling hot sekarang. Sesapa nak tau perkembangan diaorang boleh terus ke laman myspace diaorang di www.myspace.com/restrainthc atau facebook diaorang facebook.com/restrainthc. Korang boleh dapatkan keterangan lanjut mengenai diaorang kat laman web tuh. Apa-apa pun, harap korang enjoy dan salam!

...lanjutkan baca...
gravatar

Bang, nak interviu boleh?

Satu perubahan pada blog ini akan dibuat. Disamping tulisan merepek, akan ada interviu bersama band-band yang aku rasa aku minat, terutamanya band lokal...

Aku minat muzik, so mostly blog ni akan terarah kepada muzik lah...heheheh

Nantikan interviu bersama band-band lokal, tak kira lah mainstream atau tidak, indie (terms yg widely accepted now) atau tidak, janji band tu ada something to offer....

Kita tunggu dan lihat...yeah!

...lanjutkan baca...

Entri Populer