Archives

gravatar

FAHAM ATAU TIDAK MAHU FAHAM?

"Orang yang sesat, biarkan dia terus sesat, setelah kita cuba untuk mengubah dia", pesan seseorang pada aku. Kerap aku ajukan soalan bila aku sendiri kurang paham.

Satu ketika, hampir 10 tahun yang lepas, selepas post-straight edge dan pre-anarcho punk era, ramai yang berubah menjadi ke arah 'tidak positif'. Kalau dulu, menjadi straight edge adalah kebanggaan dek kerana positifnya cara hidup (kalau boleh dirujuk sebagai begitu), no sex, no smoking, no drinking, no drugs, tiba-tiba, hanya kerana ingin menjadi crusty anarcho-punk, semua orang 'menghalalkan' apa yang sebelum ini merupakan so-called ethic untuk straight edger. Dan bermulalah era 'don't-include-religion-in

-any-conversation-coz-it-will-ends-there-attitude'. Bermulalah era 'aku-semayang-5-kali-sehari-dengan-5-tahun-sekali-takde-bezanya-pun', era 'questioning God existence' dan era 'i-live-and-breath-because-i-control-my-own-destiny-and-faith'. Sesiapa yang menjadi begitu, dianggap cool (sungguh, tak tipu) dan boleh dikatakan 'menguasai dunia kebebasan' pada masa tu.

Ketika inilah segala bentuk religion restriction akan dipersoalkan sehingga ke akar umbi. Bagi yang mempunyai sedikit kekuatan agama, beralah adalah lebih baik daripada terus-terusan menentang dek kerana orang yang ditentang hanya mahu teori yang dibaca (baru dibaca, belum dipraktikkan) itu lah yang sebenar-benarnya. Mulalah segala bentuk perkara dibangkitkan dari kewujudan tuhan yang di claim sebagai 'tak nampak' sehingga lah ke ketupat hari raya aidilfitri.

Apa yang menyedihkan, dari pendapat aku sendiri yang juga lemah dalam mempraktikkan ketulinan sebagai seorang islam, kebanyakkan pendapat yang dikeluarkan adalah berdasarkan pendapat orang-orang atheist, yang sememangnya tidak percaya kepada agama. Sedangkan kita-kita yang mengaku islam ini, begitu teruja dan 'seronok' mengenengahkan 'ajaran' ataupun pendapat para atheist tersebut, yang mungkin tidak semuanya buruk.

Namun, sebagai seorang islam, kenapa perlu kita mengagungkan pendapat atheist sedangkan islam sudah cukup sempurna? Apa yang tak betulnya dengan islam sehingga kan sebagai seorang islam, kita sanggup mempersoalkan kebenaran islam demi untuk menunjukkan karya atheist lebih bagus daripada falsafah islam sendiri?

Sebagai mengambil contoh. Para anarcho-punk menge'fuck' patriotism. Di zaman Nabi Muhammad SAW, baginda lebih mementingkan perpaduan ummah daripada pembentukan sebuah negara. Ummah yang dibentuk dengan kuat, secara tidak langsung lebih membuatkan perpaduan antara kaum dan manusia lebih kuat. Jadi, kenapa perlu mengikut idea atheist?

Pendapat mereka lebih menjurus kepada keadaan logik akal. Sedangkan kemampuan fikiran kita tidak sangat terbatas. Masakan manusia boleh hidup dan terjadi dengan sendirinya tanpa ciptaan dari Yang Maha Esa? Sebagai contoh basikal yang belum dipasang. Adakah basikal boleh memasang dirinya dengan sendirinya. Dia masih memerlukan manusia untuk memasang dan melengkapkan dia sebagai sebuah basikal. Dan terjadinya basikal adalah atas tangan manusia yang membentuk basikal dan spare partnya menjadi sebagai sebuah basikal yang sempurna. So, dimana logik akal? Yes, anda boleh mempersoalkan yang basikal tidak bernyawa, bagaimana pula dengan nasi goreng kampung? Adakah tanpa dikopek bilis atau bawang maka nasi goreng kampung boleh terjadi dengan sendirinya? Ataupun Pokok rambutan yang belum tumbuh buah, adakah dia boleh keluarkan buah dengan sendirinya tanpa izin-NYA?

Jikalau pemikiran manusia sangat hebat dan berdasarkan logik akal, kenapa keadaan di Marikh sampai sekarang belum dapat dipastikan samada ada benda hidup atau tidak? Secara logiknya, manusia sudah ke bulan dan tak mustahil boleh ke Marikh ataupun Pluto sekalipun, tapi kenapa sampai sekarang, manusia belum dapat apa yang mereka cuba capai di Marikh, atau Pluto?

Pemikiran manusia hanyalah umpama setitik air di lautan luas. Ada benda yang boleh dicapai dengan akal fikiran dan ada benda yang 'left alone can't be touched'. Ada hikmah mengapa manusia tidak mampu untuk berfikir secara lebih dari kemapuan kerana sememangnya itu bukan taraf manusia untuk memikirkannya. Kenapa perlu mempersoalkan kewujudan Allah kalau kita sendiri tidak mempraktikkan apa yang disuruh dan tidak mahu mengakui akan kewujudannya?



Masalah utamanya ialah, kalau kita mengaku kita islam, kenapa perlu kita uphold pendapat segala bentuk 'ism' yang datangnya daripada orang yang sememangnya tidak islam? Dan kalau mengaku islam, kenapa tidak 'percaya' dengan islam ?

...lanjutkan baca...
gravatar

Pujaan 10 Nescafe

Umur aku 6 tahun, kehidupan banyak berpaksikan radio, dengan Pujaan 10 Nescafe sentiasa jadi bahan rujukan untuk lagu-lagu hits dan hip.

Kebiasaannya Pujaan 10 Nescafe akan berlangsung setiap hari Ahad pagi sampai tengahari. Time tu lagu-lagu indie belum menguasai carta-carta radio, dan Era serta Hot FM belum jumpa lagi sperma dengan ovum.

Pagi tu, seperti biasa, Pujaan 10 Nescafe menjadi rutin setiap Ahad. Macam-macam lagu (lupa aku lagu-lagunya) yang diputarkan. Dan seperti biasa, aku excited nak dengar lagu faveret aku nyanyian Anita Sarawak, "Bawalah Daku Pergi".

Berkumandang jek lagu tu kat corong radio, aku terpana dan terpesona dengan keindahan lagu serta bait-bait lirik romantis yang melingkari lagu tu. Secara tiba-tiba, mungkin kerana terlalu menghayati lagu tu, aku tetiba rasa nak nangis. Bukan terasa di hati, tapi memang nak paksa nangis, dek kerana nak tunjukkan aku terlalu menghayati lagu tu.

Maka, dengan berbagai cara, aku cuba untuk nangis. Baring, duduk, berdiri, cangkung, semua aku dah try tapi air mata tetap tak keluar. Aku cuba menghayati terus dengan membuat suara tersedu sedan, dengan niat akan keluar lah air mata aku nanti.

Sedu sedan aku didengari oleh mak aku, yang ketika tu tengah dalam persiapan bahan-bahan untuk masak makanan tengahari.

"Ko kenapa Neo? Hujan tak ada, ribut tak ada, alih-alih nangis nih kenapa?", agak tinggi suara mak aku. Bengang agaknya sebab tanpa usul periksa aku nangis tetiba.

"Ni ha...sedih dengar lagu ni", balas aku.

"NGENGADA LAH KO. BERANGAN LEBIH", balas mak aku, makin tinggi nadanya.

...lanjutkan baca...
gravatar

KEMBALI KE MASA SILAM

Aku terpikir nak melukis semula....mungkin sebuah komik (ada unsur Yeye Fanzine) yang lawak merapu (kalau pun lawak).

Mungkin akan diterjemahkan dan dicetak secara DIY dan dipasarkan. Mungkin.

Cuma satu jek masalah, aku takde idea nak buat cerita apa. Any idea?

...lanjutkan baca...
gravatar

WA TAK MAU CAKAP BANYAK....CONGRATS RAJAGOPAL!

originally posted at http://jalanjenang.blogspot.com

Sejak diaorang menunjukkan peningkatan masa pre-sukan SEA tournament (4 nations tournament) dengan perlawanan kat luar negara (negara-negara Balkan), sejak tu sinar bolasepak dah ada dah.

Memang satu keajaiban kalau lagi 3 tahun Malaysia boleh kalahkan Brazil, atau setidak-tidaknya kalahkan Jepun atau Korea Selatan, tapi hasil yang ditunjukkan pada sepanjang perlawanan di Sukan SEA nampak ada harapan creah untuk skuad Malaysia.

Malaysia memang deserve untuk menang. Tak kira lah gol sendiri ke apa ke, sebab sepanjang perlawanan, Malaysia lah yang menguasai perlawanan walaupun pada separuh masa pertama, diaorang kena asak. Syabas untuk Zafuan, Muslim, Nasriq dengan Sabri sebab cool sepanjang perlawanan.

Dan buat pemain lain, anda semua memang cool sebab sentiasa bersemangat untuk mencari emas. Sesuatu yang sangat jarang dilihat kerana semua mereka sentiasa bergerak dan mempunyai fitness yang bagus.

Tak dapat tipu, masa baca doa akhir tahun dan awal tahun, aku ada selit sikit dalam hati mintak moga Allah makbulkan kejayaan Malaysia.

Apa yang buat aku puas, Malaysia dapat menutup mulut coach Vietnam yang mengatakan "lebih baik jumpa Malaysia dari jumpa Tahiland di akhir".

Tahniah Malaysia, moga terus maju ke depan.

...lanjutkan baca...
gravatar

1 LAGI JEK HALANGAN : VIETNAM

Originally posted at http://jalanjenang.blogspot.com

Satu keadaan yang sangat suprise walaupun sebenarnya Malaysia memang boleh layak ke akhir Sukan SEA judging from the result the brought after winning against Thailand.

Aku tengok diaorang main selepas 25 minit sebab balik keja lambat, masa tuh Malaysia dah leading 1-0 jaringan Badrol Bakhtiar minit ke 13 kalau tak silap. Budak ni memang bagus. Ala, kamon lah. Korang nak expect dia nih jadik macam Cristiano Ronaldo? At least dia dah tunjuk something. Dia berhak untuk dapat pujian apa, walaupun sikit. Dan sebetulnya, jaringan pertama dia memang 1st class, kalaupun tak dapat menandingi jaringan pemain terbaik dunia yang korang-korang dok dewa-dewa kan tu, yang belum tentu korang-korang sendiri bleh buat. So, tepukan untuk Badrol Bakhtiar.

Sikit ralat sebab penjaga gol Malaysia, Mohd Sharbini main macam dah star sangat. Tapi biasa lah, orang muda, mesti nak tunjuk ek kan. Cuma perasan star tuh kena kontrol sikit, baru bleh jadi legend. Yang penting main cara dan power, baru orang respek sampai bila-bila. Gol Laos tuh memang tak sepatutnya score sebab ko memang boleh tangkap bola tuh. Tapi ko nak tunjuk star agaknya, so ko macam menggelitik sikit-sikit last bola tu gol. So buang perasan star dan macho ko tuh. Ko bleh berjaya Sharbini.

Cakap pasal penjaga gol Malaysia nih, last sekali yang aku tengok ada wibawa sikit ialah Samsuri Mustafa. Tapi rambut panjang sangat, so buat pemain bola, rambut tuh kalu nak panjang kasi ikat betul-betul la dey. Nak lagi cun pendek kan sikit buat rambut mohawk kalu dah nak rasa berfesyen sangat.

Gol kedua tuh memang hadir tepat pada masanya. S.Kunanlan yang rajin dan bagus tuh tembak terus tapi kena palang, so Badrol ada kat situ, walau dah terjatuh, tapi tetap dapat score walaupun diasak 2 orang pemain Laos. Gol ketiga Malaysia pun cun. Gerakan cantik dari pemain nombor 9, Norshahrul Idlan terus kepada Safiq Rahim yang secara cool menguis bola ke bahagian atas pintu gol Laos. Memang macam tak gol, tapi gol.

Rumusan aku, penyakit terlepas pandang dengan hilang fokus still lagi ada dalam pemain Malaysia. Tapi, pemain muda Malaysia nih @ Harimau Muda sememangnya telah menunjukkan kesungguhan dari segi semangat juang. So aku simpulkan, walaupun diaorang memang susah nak menang jumpa Vietnam kat akhir nanti, tapi aku tetap akn letak kan harapan yang diaorang boleh disebabkan kesungguhan diaorang dan juga semangat juang. Respek sebab selalunya, kalau pasukan Malaysia bila dah kena asak, diaorang akan cepat dan terus-terusan hilang tumpuan. Tapi kali ni, diaorang pulak yang pandai carik peluang nak jaringkan gol.

Sebenarnya, diaorang bleh menang 4 atau 5 gol, tapi tu lah...takde rezeki. Apa-apa pun, syabas Malaysia. Korang-korang yang dok sokong Liverpool lah, Arsenal lah, Chelsea lah, Real Madrid lah, Man U lah, try-try lah sokong pasukan Malaysia lak, bukan rugi pun. Korang pun makan sambal belacan gak macam player Malaysia. Wayne Rooney tak makan woi sambal belacan.

...lanjutkan baca...

Entri Populer