Archives

gravatar

AKID ANAQI PUNYA CERITA



Satu hari, masa Akid tengah tengok TV cerita Ben 10 (cerita biasa Akid kalau tak Ben 10, mesti Ultraman Tiga+Seven+Mebius+Cosmos+Dyna, atau Tom & Jerry, ataupun Super Robot Monkey), tiba-tiba tangan dia bergerak-gerak sambil mulutnya kumat kamit bunyi sound efek.

Macam pelik, ibu pun tanya, "Akid buat apa tuh?"

Selamba dia cakap, "Akid tengah main game PS2....nanti ayah nak beli PS2!"

Wa tersentak seraya terus terbatuk hampir 2 minit.

Abis batuk, wa riki dompet.

"Nak beli gasing pun tak lepas," kata wa, sambil waving RM 2 kat depan muka ibu Akid.

Akid masih terus gerak-gerak kan tangan, sambil bunyi sound efek macam perang Star Wars lagaknya.


MUHAMMAD AKID ANAQI DENGAN POSE ULTRAMAN NYA

...lanjutkan baca...
gravatar

HILANG 2 ORANG DALAM MASA 1 MINGGU

Hari ini, kita kehilangan seorang pelawak yang sememangnya 'above the horizon'. Mior Ahmad Fuad a.k.a. Din Beramboi telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Dalam masa hampir seminggu, aku hilang 2 orang yang paling aku sayangi dalam hidup aku. Lebih kurang 8 hari sebelum hari ini, aku kehilangan embah lelaki (ayah mak aku), Allahyarham Hj Kadar bin Shafie.


ALLAHYARHAM HJ KADAR BIN SHAFIE

Embah seorang yang periang dan sangat kuat bekerja. Umurnya lebih kurang 90 tahun lebih. Dalam surat kematiannya, punca kematian disebabkan sakit tua, tapi dalam masa yang sama, embah ada masalah dengan paru-parunya. Sepanjang 2 tahun dia terlantar sakit, keadaan keluarga belah emak agak konflik, lebih-lebih lagi kebanyakkan konflik kebanyakkannya menyebabkan emak aku seperti dipulau adik beradik sebab mak yang bawak embah ke klinik dan menemui 'penyakit' yang dihidapi embah. Tapi semuanya berakhir 8 hari lalu. Dan embah Kadar aku dapat rasakan dia aman dengan keadaan keluarganya sekarang.

Pada hari dia meninggal, aku orang ke 3 sampai. Sayu bila tengok sekujur tubuh terlentang di anjung rumah embah. Cik Anin, anak lelaki bongsu embah, sibuk membacakan ayat-ayat suci dan yassin. Camtu jugak mak long. Camtu jugak embah pompuan. Perlahan-lahan, rumah embah makin ramai dikunjungi orang.

Esok paginya, aku dan semua anak serta cucu embah Kadar memandikan mayatnya. Takde banyak masalah, kecuali suara si pengendali yang sedikit kecoh. Mayat disembahyangkan dan dikuburkan. Cik Anin, yang aku tengok tenang sepanjang kematian embah, akhirnya menangis saat akhir dia membacakan doa tahlil. Moga roh arwah Hj Kadar bin Shafie dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.


ALLAHYARHAM MIOR AHMAD FUAD A.K.A. DIN BERAMBOI

Seperti yang aku ceritakan sebelum ni, hidup aku sentiasa dipenuhi oleh keseriusan. Keseriusan dari semua segi. Dan seperti yang aku ceritakan dalam post aku sebelum ni, antara 'ubat' untuk aku melawan keseriusan dalam hidup aku ialah mendengar dan melihat lawak yang dipersembahkan oleh Din Beramboi. Hampir setiap pagi, segment Riuhkan Pagi Era merupakan santapan untuk aku bergembira. Lawak-lawak yang berbeza serta 'above the horizon' dari Din Beramboi sangat-sangat menggembirakan hati aku. Dia boleh jadi apa saja. Periuk nasi elektrik pun boleh jadi kalau dia nak. Daripada Drama Sebabak, Sawancara sampai lah ke akhir rancangan, lawak yang disajikan hampir pasti kita tak terfikir untuk dilawakkan. Dalam Raja Lawak musim ke 4, walaupun kita tau dia marah, orang still lagi ketawa. Rancangan Ah-Ha pun tak kering gusi. Antara watak yang pernah dipegang ketika dalam rancangan Ah-Ha ialah cikgu Bahasa Inggeris mengajar orang tua yang dah memang fluent english. dalam rancangan Spontan, dia sentiasa antara yang terserlah dengan idea yang memang spontan. Dalam drama yang diterbitkan dalam bentuk VCD arahan Afdlin Shauki, aku lupa tajuknya apa, dia jadi bomoh orang asli yang kelakar abis.

So, disebabkan hampir setiap pagi aku dengar celoteh lawak Din Beramboi, dan disebabkan itu aku rasa 'dekat' dengan dia. Sebenarnya, sejak hari Khamis minggu lepas, tanda-tanda demam dah ada, tapi dia refused nak ke klinik atau hospital sebab nak jaga bininya yang demam jugak. sampailah pada Isnin yang lalu, lepas tak tahan sangat dan selepas beberapa pekerja Era datang ke rumahnya, baru lah Din Beramboi nak ke hospital.

Dan Selasa lepas, keadaannya kritikal. Dan pada hari ini, kita kehilangan seorang lagenda dalam dunia lawak tanahair. Terima kasih Pak Din kerana memenuhi ruang kegembiraan dalam hati saya. Mungkin tanpa Pak Din, hidup saya tak ceria. Saya akan merindui segala cerita-cerita dari Pak Din yang sentiasa menghiburkan hati saya. Yang pasti, saya akan rindu Pak Din. Rindu Pak Din. RIndu Pak Din. Rindu Pak Din :(

AL-FATIHAH UNTUK DUA ORANG YANG SANGAT SAYA SAYANGI, ALLAHYARHAM HJ KADAR BIN HJ SHAFIE DAN ALLAHYARHAM MIOR AHMAD FUAD A.K.A DIN BERAMBOI

...lanjutkan baca...
gravatar

PENGALAMAN SAYA SEBAGAI PEMAIN BOLASEPAK



Start darjah 6 aku dah wakil sekolah. Posisi penjaga gol. Mungkin sebab aku tinggi, Cikgu Brahim tak banyak citer terus confirm amik aku jadi keeper Sekolah Kebangsaan Seri Telok. Merasa jugak jadi naib juara MSSC Yong Peng. Ngam-ngam masa final lutut aku kena bisul. Lepas bolos 1 gol, aku mintak kat Cikgu Brahim keluar sebab bisul aku dah pecah. Salah satu alasan aku tak nak main sebab darah gemuruh. Dan taktik aku menjadi. Akhirnya sekolah aku kalah 3-1 dengan Sek. Keb. Ladang Union.

Masuk sekolah menengah, proses bermain bola berterusan. Aku sekolah menengah kat High School Batu Pahat dan dapat asrama. Disebabkan aku duk asrama, tiap-tiap petang main bola. Abis lu orang nak expect apa kalu dah duk asrama? Tengok cerekarama?

Masa main petang-petang, tah apa jadah abg senior suruh aku main dengan diaorang sebab tak cukup korum. Nak-nak posisi yang kosong tu keeper, so senang lah aku nak handle, walaupun aku tak terer. Korang bayangkan la aku yang junior ni, baru tingkatan 2 masa tu main dengan abang-abang senior yang besar gedabak dan main terer nak mampus,wakil sekolah lagi, pastu rembat punya lah tak ingat. Aku rasa macam diaorang saja jek nak kenakan aku rembat kuat-kuat. Sampailah tiba satu tahap, ada sorang abang senior yang memang champion main bola (kapten sekolah) dia sudah lepas kan satu rembatan. Tah ah siau macamana aku boleh dive selamatkan bola tu dan tak gol. 2 bulan lepas tuh, abang senior aku datang kelas time aku tengah belajar, keluar dan gi padang untuk training pemilihan bawah 16. GILER!

Masa training, aku buat sebaik mungkin dan dari segi pemerhatian, aku tau Cikgu Zaini (coach kitaorg) memang nak jadikan aku keeper. Tiba last selection untuk pemilihan pemain, ada friendly match dengan Sek. Men. Dato' Bentara Luar. Tah kat mana lah silapnya, darah gemuruh aku datang lagi. Sekolah aku tengah leading 1st half dengan 1-0. Aku masuk sebagai pemain gantian dan tak sampai 10 minit, aku dah lepaskan 3 gol yang sangat-sangat mudah. Esoknya, nama aku kena drop dari senarai terakhir team sekolah. Dan kenangan lawan dengan team Bentara Luar betul-betul buat aku down nak main bola lagi.

Tahun depannya aku naik tingkatan 3, Cikgu Zaini panggil aku untuk training bawah 18 team sekolah. Giler apa, bawah 16 pun aku tak lepas, nak jadi keeper bawah 18? Aku terpaksa pegi bila Cikgu Zaini bersungguh-sungguh suruh aku training. Aku terpaksa bersaing dengan keeper bawah 18 sebelum tuh, Sofyan yang dah 2 tahun pengalaman jadi gol keeper bawah 18. Aku tak expect pun untuk jadi keeper 1st, memandangkan kenangan lepaskan 3 gol mudah masa lawan Dato Bentara still terngiang-ngiang. Lepas training, aku diterima jadi sebahagian dari team. Takut memang takut, tapi aku expect aku akan jadi keeper nombo 2, jadi tak kisah sangatlah, bleh ponteng sekolah.

Surprisingly, masa nak lawan 1st match, Cikgu Zaini namakan aku sebagai keeper utama. Bila dengar nama aku jek, aku terus cuak, camtu jugak senior-senior aku yang tak yakin dengan aku, siap cakap "aiseh, dia ni jadi keeper? bleh ke? biar betul cikgu ni!". Memang agak hina...tapi perlawanan diteruskan jugak dan the game ended team sekolah aku kalah 3-0 pada sekolah Vokasional Batu Pahat.....memori yang manis sebab semua gol adalah hasil kepakaran lawan dan gol sendiri team mates, dan aku menyelamatkan sekurang-kurangnya 5 bola yang boleh gol dan 1 sepakan penalti. Sejak hari tu, posisi gol keeper utama untuk bawah 16 dan bawah 18 team sekolah aku pegang.

Dan hari ni, aku bukan pemain bolasepak. Untuk apa aku cerita pengalaman ni? Sebab sebagai pemain bola, usaha sangat penting dan aku berusaha untuk jadi 1st choice gol keeper walaupun sebenarnya aku rabun!

Teringat cikgu matematik aku yang cakap, "Awak tak boleh jadi gol keeper lah...kasi orang lain main....awak memang tak berbakat jadi gol keeper". He ate his word after that!

...lanjutkan baca...
gravatar

I PRESENT, THE MOST ORIGINAL GUITARIST IN THE WORLD, MR.JOHNNY GREENWOOD



Taksubnya aku pada Johnny tak leh disangkal sejak album Pablo Honey lagi. Lebih-lebih lagi bila tengok Radiohead Live By The Pool, masa rambut Thom Yorke tengah macam sial, Johnny mengganyang gitar Telecasternya lebih-lebih lagi time lagu Creep dimainkan. Perghhh...ini mamat memang hebat.

Kalau sebelum tuh Gibson yang Slash pakai jadi kegilaan aku untuk dilukis, tapi sejak kenal Johnny, gitar yang selalu aku lukis masa lukis kartun ialah Telecaster, walaupun time tuh aku tak tau pun apa jenis gitar yang dia pakai.

Pada semua gitaris (aku bukan gitaris, aku cuma minat jek kat gitar), korang patut cuba dapatkan solo Johnny masa lagu Paranoid Android. Dan jangan lupa, kalau korang rasa pelik sebab tak dapat tiru 100% cara si Johnny ni main, semuanya disebabkan gitar, gadget dan juga amp telah dimodified oleh dia nih.

Talking about improvisation, eh?

...lanjutkan baca...
gravatar

TOP 10 Sepanjang 2009

Banyak cara untuk senaraikan apa yang top dan apa yang tak top untuk 2009. Kat sini aku tak nak spesifik 1 atau 2 jenis. Aku nak top 10 aku ni masuk carta semua benda daripada ikan bilis kepada tayar bladar ke minyak hitam dah guna.

Apa-apa pun, ni top 10 versi aku. Kita mulakan dengan................

Nombor 10
Gula naik harga.
Aku tak effect sangat dengan gula naik harga ni sebab dari kecik aku memang suka air kosong. Kekadang tu terasa jugak nak minum air manis, tapi time ngeteh jek. So, keadaan gula naik harga tak mematahkan semangat aku untuk main muzik, buat lagu atau menulis.

Nombor 9
Keta lama tak leh renew insuran.
Ini semua ada udang disebalik batu. Kalau tak kerana adanya opportunity, sesuatu tindakan tak kan terlaksana. Tahun depan aku antara 'mangsa' skim ni. So, banyak cakap pun benda sama jek jadik. Tak cakap pun benda sama juga. Aku budget, tahun 2010 nih minyak naik, tepung gandum naik, ayam naik, susu naik, santan naik, limau mandarin jek turun. Tu aku budget jek, nak-nak time raya, confirm jangan takut mesti naik punya. So, mulakan menabung untuk beli ayam untuk raya nanti.

Nombor 8
Bas ekspress eksiden.
Cerita lama yang muncul balik. Benda sama yang jadi balik. Pemandu bas Sani Express memang salah lah sebab dia terlelap. Dan sememangnya kesalahan dia memang susah nak dimaafkan. Tapi kekadang kita kena pikir gak akan masalah dia sendiri. Apa yang dihadapinya sebelum terjadi eksiden, tido cukup ke tak, makan ke tak, minum ke tak, dah berapa lama pengalaman bawak bas. Tapi memang dia salah lah. Tapi kita boleh carik faktor penyebab kenapa terlalu banyak kemalangan bas ekspress berlaku. Antara nya, keadaan highway kita. Aku belum ada terdengar orang komplen bas eksiden antara faktornya ialah keadaan jalan kat hiway tuh. Kenapa? Tak leh ke persoalkan keadaan jalan kat hiway tuh? :)

Nombor 7
Budak sekolah, mak bapak terpaksa keluar duit yang mahal.
Apa cerita kalau nak sambung belajar sekolah pun dah kena kuokan sampai RM4000 untuk 4 orang anak (cerita betul). Antara lain, abang ipar aku kuokan RM800 just untuk anaknya yang baru masuk sekolah menengah. Apa cer?

Nombor 6
Indie makin mencanak naiknya.
Standard lah. Ada demand, ada market. So, semua band sekarang start buat lagu melayu just untuk capture market punya intention. Tak salah pun. Tapi kekadang kena tengok gak. Aku penah terbaca dalam satu majalah Alternative Press, vocalist band Thrice cakap "Kalau sebelum nih ko main muzik ganas-ganas, hentam sana sini, tak puas ati itu ini, alih-alih disebabkan kehendak market, ko tukor konsep daripada ganas kepada market demand. Itulah sebenar-benarnya selling out". Tepuk dada, tanya selera.

Nombor 5
Situasi politik Malaysia.
Aku bukan orang yang pandai berbual pasal politik. Tapi rasanya sesuatu kena ubah untuk kebaikkan rakyat, tak kira lah dari BN ke, dari Pkatan Rakyat ke, semua yang korang buat patutnya lebih mementingkan hak rakyat. Ingat, kuasa boleh mengubah personaliti seseorang.

Nombor 4
Semangat perpaduan.
Kekadang, perpaduan tak leh tercapai kalau semua orang lebih pentingkan diri sendiri, terutama dari bab toleransi. Aku tengok masih lagi ramai orang yang memandang bangsa diaorang lagi bagus dari bangsa lain. Well, apa yang lagi penting ialah perpaduan ummah. Nuff said.

Nombor 3
Keta aku banyak nak kena bikin.
Ada duit, senang ah nak betul. Ye dak?

Nombor 2
Semangat setiakawan.
No komen!!!!

Nombor 1
Masalah yang sering dihadapi bila manage bisnes keluarga.
Nak sound salah, tak sound salah. Nak hentam salah, tak hentam salah. Jadi semua serba salah.

So, apa yang menanti untuk 2010? The answer is cabaran!!!!

...lanjutkan baca...

Entri Populer